Maksud: Tidak kekal.
bagai emak mandul baru beranak
Maksud: Sangat gembira kerana mendapat sesuatu yang sangat diidam-idamkan
bagai emak beranak tunggal
Maksud: Selalu khuatir dan was-was.
bagai duri dalam daging
Maksud: Sesuatu hal atau perkara yang tidak menyenangkan hati.
Contoh ayat: Kehadiran anak saudaranya yang pemarah itu bagai duri dalam daging dalam keluarga Puan Hamidah.
bagai dulang dengan tudung saji
Maksud: Sesuatu yang berpadanan (seperti suami isteri yang sama elok parasnya dan lain-lain)
bagai diurap dengan daun katang-katang
Maksud: Orang yang panas hati hendak berkelahi