Maksud: Tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (bkn anak-anak yang tidak dapat ditolak kehendaknya)
bagai dirahap kain basah
Maksud: Dingin sejuk badan kerana melihat (mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri
bagai diiris dengan sembilu
Maksud: Perasaan yang sangat pedih
bagai diikat dengan sehasta tali
Maksud: Tidak dapat berbuat sekehendak hati
bagai dihiris sembilu
Maksud: Perasaan yang sangat sedih atau kecewa kerana sesuatu perkara.
Contoh ayat: Perasaan Cikgu Murad bagai dihiris sembilu apabila anak yang dibangga-banggakannya telah ditangkap oleh polis kerana mencuri di pasar raya.
bagai dihiris dengan sembilu