Maksud: Bercakap dengan tergopoh-gopoh
bagai beting dipalu ombak
Maksud: Kehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang.
bagai besi dengan penempa
Maksud: Orang lemah dikuasai orang kuat
bagai beruras katang-katang
Maksud: Perihal orang yang sedang panas hati (hendak berkelahi)
bagai berunding dengan tunggul
Maksud: Bercakap dengan orang yang mendiamkan diri
bagai berumah di tepi tebing
Maksud: Sentiasa berada dalam keadaan bimbang.
Contoh ayat: Penduduk Kampung Sena bagai berumah di tepi tebing kerana harimau yang membaham tiga orang penduduk kampung itu masih belum ditangkap.