Maksud: Inginkan yang tidak padan dengan kesanggupan sendiri
bagai awak hendak ke hilir, dia sudah hanyut
Maksud: Kecewa oleh kerana orang lain dapat dahulu
bagai awak haus diberi air
Maksud: Mendapat apa yang dihajat
bagai awak alah gelanggang usai
Maksud: Ditimpa malang yang tidak dapat diatasi lagi
bagai aur ditarik songsang
Maksud: Pekerjaan yang sukar dijalankan kerana sudah salah cara penggunaannya
Contoh ayat: “Jika kamu menelaah pelajaran apabila sudah hampir peperiksaan, kamu akan berhadapan dengan banyak masalah bagai aur ditarik songsang,” pesan cikgu kepada pelajarnya.
bagai aur ditanam,betung tumbuh
Maksud: Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit