Maksud: Kalah tetapi masih tidak puas hati
bagai akar terjumbai, tempat siamang berpegang
Maksud: Hendak tahu salah orang, dengar tutur katanya
bagai akan surut airlah gedang, akan lalu jalanlah semak
Maksud: Serba salah
bagai akan mengaji suratlah hilang; akan bertanya gurulah mati
Maksud: Masalah tidak dapat diselesaikan oleh sebab puncanya sudah hilang
bagai akan memikul tiada berbahu; akan menjunjung kepala luncung
Maksud: Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang
bagai air titik ke batu
Maksud: Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.