anak bapa

Maksud: Anak kesayangan dan kebanggaan bapa.

Contoh ayat: Dia digelar anak bapa oleh rakan-rakannya kerana terlalu rapat dengan bapanya.

anak bangsawan

Maksud: Pelakon atau orang yang menceburkan diri dalam bidang lakonan pentas atau layar perak.

anak baju

Maksud: Baju dalam

Contoh ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.