Maksud: Perihal mengetahui bahawa seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau penakut
tampak ijuk tak bersagar, lurah tak berbatu
Maksud: Seseorang yang tidak mempunyai keluarga dan saudara-mara yang dimalui (ditakuti) orang
tampak duri tak akan mengait
Maksud: Mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut
tambun budi
Maksud: Orang yang cerdik dan arif
tambatan larat
Maksud: Sesuatu yang selalu terkenang
tambah air, tambah sagu
Maksud: Bertambah kerja, bertambahlah ganjarannya