Maksud: Orang yang hina apabila mendapat pangkat dan lain-lain berbuat mengada-ngada
seperti kaduk kena air tahi
Maksud: Orang yang tiada berguna tetapi panjang umurnya
seperti kacang melupakan kulit
Maksud: Orang yang tidak tahu mengenang budi.
Contoh ayat: Nisdawati dianggap seperti kacang melupakan kulit. Dia sering memburukkan Rosni, sedangkan Rosni sering membantunya dalam pelajaran.
seperti kacang lupakan kulit
Maksud: Orang yang tidak tahu mengenang budi.
Contoh ayat: Nisdawati dianggap seperti kacang lupakan kulit. Dia sering memburukkan Rosni, sedangkan Rosni sering membantunya dalam pelajaran.
seperti kaca terhempas ke batu
Maksud: Hati yang hancur kerana dukacita.
seperti kaca jatuh ke batu
Maksud: Hati yang hancur kerana dukacita.