Maksud: Perkara besar yang tidak dapat dirahsiakan
seperti disalak anjing bertuah
Maksud: Tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi
seperti dipalu ombak
Maksud: Hidup yang terumbang-ambing
seperti dijilat lebai
Maksud: Habis sama sekali
seperti dihiris dengan sembilu
Maksud: Perasaan yang sangat sedih atau kecewa kerana sesuatu perkara.
Contoh ayat: Perasaan Cikgu Murad seperti dihiris sembilu apabila anak yang dibangga-banggakannya telah ditangkap oleh polis kerana mencuri di pasar raya.
seperti dicanai rupanya
Maksud: Cantik atau elok rupanya