rosak bawang ditimpa jambak

Maksud: Menyusahkan keluarga akibat perubatan sendiri.

Contoh ayat: Tabiat kaki judi ketua keluarga itu membuatkan semua anak dan isteri hidup menderita umpama rosak bawang ditimpa jambak.

rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana leka

Maksud: Seseorang yang berkelakuan buruk akan memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga serta bangsanya.

Contoh ayat: Rakyat Malaysia harus bersemangat dan sedar bahawa rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana leka.

rosak anak oleh menantu

Maksud: Beroleh kerugian akibat perubatan orang yang disayangi.

Contoh ayat: Akibat terlalu sayang akan menantu, Pak Ali membiarkan harta bendanya dijual oleh menantunya umpama rosak anak oleh menantu.