Maksud: Pekerjaan baik (seperti pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yang tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dengan lebih teliti)
pekan raya
Maksud: Pasar malam
pekak-pekak badak
Maksud: Pura-pura tidak mendengar.
Contoh ayat: Sukar menasihati Si Kasim kerana dia pekak badak.
pekak labang
Maksud: Pekak sedikit
pekak hati
Maksud: Geram dan berang
pekak batu
Maksud: Seseorang yang rosak pendengarannya atau pura-pura tidak mendengar.