Maksud: Menukar usaha
mengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih cakap di mata-mata sahaja
Maksud: Memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kepada orang yang tiada tentu
mengalih kain ke balik rumah, mengalih kata ke hadapan
Maksud: Memungkiri janji dengan tiba-tiba
mengalih kain ke balik rumah, mengalih kata berhadapan
Maksud: Dikatakan kepada seseorang yang hendak membalikkan perkataannya
mengalangkan leher
Maksud: Menyabung nyawa untuk membantu orang
mengalangkan batang leher
Maksud: Menyabung nyawa kerana hendak menolong seseorang. alang = lintang, tahan