lebih pucuk lebih pelepah

Maksud: Pertanyaan kerana membandingkan dua sahabat yang baharu dengan yang lama (mana yang lebih pucuk atau pelepah)

lebai pulut

Maksud: Orang yang mengetahui sedikit sebanyak tentang hal keagamaan dan selalu dijemput makan kenduri kerana mengharapkannya membaca doa, dan dia juga berasa megah kerana mendapat penghormatan.

lebai malang

Maksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang.

Contoh ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang.

lebah bergantung

Maksud: Ukiran pada bahagian hadapan sesebuah perahu atau kapal