Maksud: Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri
kuah sama dihirup, sambal sama dicolek
Maksud: Bersama-sama dalam senang dan susah.
koyak tak berbunyi
Maksud: Sesuatu keburukan (keaiban) yang berlaku dengan tidak diketahui orang
koyak baju mahu ukur badan
Maksud: Merosakkan barang yang hendak dibaiki (disempurnakan)
kotor mulut
Maksud: Suka mengeluarkan kata-kata keji
kotor dicuci, berabu dicentik
Maksud: Segala yang tidak baik hendaklah dilupakan