Maksud: Terpedaya kerana mendengar berita baik
kerana mata buta, kerana hati mati
Maksud: Perihal orang yang menurutkan hawa nafsunya akhirnya mendapat kesusahan
kerana emas memas, kerana padi menjadi
Maksud: Kerana kekayaan, apa yang dimaksudkan dapat dicapai
kerana congkak badan binasa
Maksud: Kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka
kerana cenderawasih, merak mas dilepaskan
Maksud: Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama dilupakan
kerana Allah
Maksud: Melakukan sesuatu dengan tujuan membuat kebajikan semata-matanya