Maksud: Kembali kepada keadaan sebenar
kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi
Maksud: Kebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit.
kemarau keras
Maksud: Musim kemarau yang panjang
kemala hikmat
Maksud: Batu yang mengandungi kesaktian
keluk lekuk
Maksud: Perbuatan curang
keluh-kesah tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran
Maksud: Kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan