Maksud: Punca perselisihan
jung pecah, yu yang kenyang
Maksud: Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi orang yang lain
juling itik
Maksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.
Contoh ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana lehernya pernah mengalami kecederaan semasa kecil.
juling air
Maksud: Juling sedikit.
Contoh ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa berseri-seri.
jual sutera, beli mastuli
Maksud: Kehilangan yang berharga, mendapat yang lebih baik (lebih berharga)
jual minyak
Maksud: Lelaki yang suka memikat perempuan.