Maksud: Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya dan lain-lain) setelah menikmati kesenangan dan lain-lain
kacang lupakan kulit
Maksud: Orang yang tidak tahu mengenang budi.
Contoh ayat: Nisdawati dianggap kacang lupakan kulit. Dia sering memburukkan Rosni, sedangkan Rosni sering membantunya dalam pelajaran.
kacang koran
Maksud: Budak-budak yang menjual surat khabar
kacang kantor
Maksud: Budak yang menjadi pelayan di pejabat
kacang hantu
Maksud: Orang jahat.
Contoh ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ.
kacak lengan
Maksud: Mahu berkelahi