Maksud: Kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya
hilang harap
Maksud: Putus asa, berasa kecewa
hilang dicari, terapung direnangi, terbenam diselami
Maksud: Memeriksa sesuatu dengan cermat
hilang di mata, di hati jangan
Maksud: walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dalam hati
hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka
Maksud: Fikiran yang jahat akan membahayakan diri sendiri
hilang bahasa, lenyaplah bangsa
Maksud: Jika sesuatu bahasa itu lenyap, maka hilanglah bangsa tersebut.
Contoh ayat: Orang Melayu perlu menggunakan bahasa Melayu dengan betul kerana hilang bahasa lenyaplah bangsa.