Maksud: Kerana mengharapkan keuntungan besar yang tidak tentu, keuntungan kecil yang sudah pasti dilepaskan
harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya
Maksud: Jangan mengharapkan sesiapapun apabila membuat sesuatu
harapkan anak buta mata sebelah, harapkan teman buta kedua-duanya
Maksud: Setiap pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pada orang lain)
harapan bangsa
Maksud: Golongan pemuda
harap lenggang serdadu, destar teleng belanja kurang
Maksud: Cakap sahaja yang lebih tetapi buktinya tidak ada
harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam
Maksud: Kerana hendak hidup dengan kemewahan habis harta benda