Maksud: Marah
hangat-hangat tahi ayam
Maksud: Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan. Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan.
Contoh ayat: Ali mula menghilangkan diri tidak menghadiri latihan bola sepak tidak seperti minggu pertama dia memasuki pasukan itu. Kegigihannya ibarat hangat-hangat tahi ayam.
hangat tiada berapi, sejuk tiada berair
Maksud: Menderita kerana kehilangan kekasih atau orang kesayangan
hangat hati
Maksud: Sangat marah.
Contoh ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu.
hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tenggek
Maksud: Hilang yang satu masih ada lagi gantinya yang lain (laki-laki dan perempuan)
hancur luluh
Maksud: Rosak binasa sama sekali, hancur lebur