Maksud: Terlalu lanjut membicarakan sesuatu yang tidak perlu sehingga yang perlu tertinggal
habis umpan kerong-kerong tak dapat
Maksud: Usaha (perbuatan) yang mendatangkan kerugian
habis tenggang dan kelakar
Maksud: Habis akal dan budi bicara
habis perkara
Maksud: Selesai
habis penabur palembang tak alah
Maksud: Sesuatu usaha yang tidak mendatangkan hasil cuma rugi semata-mata
habis modal
Maksud: 1. Tidak ada lagi modal yang tinggal.
2. Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.
Contoh ayat: 1. Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.
2. Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.