Maksud: Musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari.
gunjing gujirat
Maksud: Pelbagai umpat dan fitnah
gundahkan buah dimakan burung
Maksud: Bersusah hati terhadap wanita yang telah berkahwin dengan orang lain
guna-guna, alu sesudah menumbuk dicampakkan
Maksud: Dihargai waktu berguna dan jika tidak ada lagi perlunya dicampakkan (ditinggalkan)
gulung tikar
Maksud: Muflis.
Contoh ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.
gulai terlampau serai maung rasanya
Maksud: Perbuatan (perkataan) yang terlampau akhirnya akan menjadi sia-sia