Maksud: Seorang yang pintar menyimpan rahsia
garam dikulum tak hancur
Maksud: Orang yang pandai menyimpan rahsia
gar kata gelegar, rasuk juga menahannya
Maksud: Dalam sesuatu perkara jangan terlalu percaya pada kata orang (kerana akibatnya nanti ditanggung sendiri)
gapil tangan
Maksud: Suka campur tangan
gapil mulut
Maksud: Cerewet
gantung tak bertali, salai tak berapi
Maksud: Isteri yang ditinggalkan oleh suaminya, tanpa diceraikan dan tidak diberi nafkah hidupnya