gaji pokok

Maksud: Gaji yang tidak termasuk elaun

gaji buta

Maksud:  Mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh.

Contoh ayat: Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja.

gajah terum di tengah rumah

Maksud: Pengunjungan orang besar ke rumah orang miskin menyusahkan orang yang menerimanya itu. terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah