Maksud: Terlalu lemah
ditembak dengan peluru petunang
Maksud: Perundingan yang berhasil baik
ditelan tak sengkang
Maksud: Semuanya berjalan dengan lancar
ditelan mati emak, diluah mati bapa
Maksud: Dalam keadaan yang serba salah untuk membuat keputusan.
Contoh ayat: Encik Lim berasa serba salah sama ada hendak melanjutkan pelajarannya ke luar negeri atau tidak kerana anak bongsunya masih kecil lagi. Keadaannya seperti dimakan mati emak, diluahkan mati bapa.
ditatang di anak lidah
Maksud: Sangat kasih kepada anak isteri
ditatang bagai minyak yang penuh
Maksud: Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurnanya