bagai air di daun keladi

Maksud: Menasihati seseorang, tetapi tidak memberi sebarang kesan.

Contoh ayat: Ibu Maya berasa sangat sedih dengan sikap nakalnya yang tidak berubah walau telah dinasihati berulang kali. Setiap tegurannya tidak mempunyai kesan bagai air di daun keladi.