gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

Maksud: Jika pemimpin (kuasa besar) bergaduh (berperang), rakyat (negara kecil) juga yang susah.

Contoh ayat: Pemimpin-pemimpin harus mengetepikan kepentingan peribadi masing-masing kerana jikalau mereka bersengketa, orang-orang bawahan juga yang akan menderita, seperti kata pepatah gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

berkongsi