Maksud: Orang yang baru berkahwin
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
Maksud: Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.
penghulu disanjung dengan adatnya, orang alim disanjung dengan kajinya, orang muda disanjung dengan mudanya
Maksud: Kalau memuji orang hendaklah dengan pujian yang kena pada tempatnya
pening lalat
Maksud: Berasa pening sedikit.
Contoh ayat: bu pening lalat semasa memandu menaiki Bukit Fraser.
pening-pening pikat
Maksud: Berpitam sedikit
penjatian awak, kepantangan orang
Maksud: Perihal orang yang mempunyai pendapat yang bertentangan dengan pendapat orang ramai