Maksud: Laki-laki yang mengulangi perbuatan yang tidak senonoh (perempuan jahat dan lain-lain)
anjing menyalak bukit mahukah runtuh
Maksud: Bagaimanapun orang yang jahat mencela orang yang baik tidak akan ada akibatnya
anjing menyalak, bukit takkan runtuh
Maksud: Tidak akan rosak kebaikan seseorang jika dicela oleh orang yang jahat
anjing sabun
Maksud: Anjing putih
anjing tiada bercawat ekor
Maksud: Sesuatu yang hina dan tidak berguna tidaklah indah pada mata sekalian orang
anjur surat bak bertanam
Maksud: Tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dengan maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh