Maksud: Keadaan seseorang yang lemah dan pucat kerana menghidap penyakit
pucuk api
Maksud: Lidah api atau hujung api yang menyala
pucuk bulat
Maksud: Orang yang memegang kekuasaan tertinggi
pucuk dicita ulam mendatang
Maksud: Memperoleh sesuatu yang dihajati.
Contoh ayat: Penyertaan Erra dalam pertandingan mencari harta karun itu seperti pucuk dicita ulam mendatang apa bila dia telah berjaya memenangi sebuah rumah banglo baharu yang sudah lama diidamkannya.
pucuk dicita ulam tiba
Maksud: Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan
pucuk leban gading gajah, bekerja segan makan gagah
Maksud: Orang yang malas bekerja padahal ia tidak sakit