Maksud: Tidak mempunyai pendirian sendiri
seperti bangau kasihkan kerbau
Maksud: Bersahabat kerana ada faedah
seperti bangsi buluh perindu
Maksud: Suara yang merdu
seperti batang mengkudu, dahulu buah daripada bunga
Maksud: Menganggap sudah menguasai atau memiliki sesuatu perkara atau barang yang belum tentu dapat dikuasai atau diperoleh
seperti batu di pulau
Maksud: Amat banyak.
Contoh ayat: Dia mempunyai setem lama yang sangat banyak seperti batu di pulau.
seperti batu jatuh ke lubuk
Maksud: Lenyap atau tidak kelihatan lagi