Maksud: Secocok
seperti bulan dipagari bintang
Maksud: Kecantikan seseorang perempuan yang tiada bandingannya.
Contoh ayat: Kecantikan Noni bagai bulan dipagari bintang kerana tiada seorang pun yang dapat menandingi kecantikannya.
seperti bulan kesiangan hari
Maksud: Muka yang pucat benar
seperti buluh perindu ditiup angin tatkala dinihari
Maksud: Bunyi suara yang sangat sedih
seperti bumi dengan langit
Maksud: Jurang perbezaan yang terlalu besar.
Contoh ayat: Jurang kekayaan di antara penduduk kampung dengan hartawan itu seperti bumi dengan langit.
seperti bunga kembang setaman
Maksud: Pengantin yang dikelilingi gadis-gadis jelita.