Maksud: Muka yang merah padam kerana marah
seperti bunga, sedap dipakai layu dibuang
Maksud: Dikasihi semasa muda, dibenci apabila tua (perempuan dan lain-lain)
seperti bunyi gong pecah
Maksud: suara yang tidak sedap didengar
seperti bunyi gong tertangkup
Maksud: Percakapan yang tidak jelas
seperti burung dalam sangkar; mata lepas badan terkurung
Maksud: Hidup mewah tetapi terkongkong
seperti burung gagak pulang ke benua
Maksud: Walaupun telah keluar negeri, tetapi tidak berubah, keadaannya sama saja.