Maksud: Tidak kekal.
seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Maksud: Mementingkan diri sendiri, tidak bersepakat.
Contoh ayat: Setelah tiga hari bekalan air terputus, penduduk di taman itu bertolak-tolakan apbila melihat lori yang membekalkan air tiba. Sikap mereka itu seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
seperti enggang dengan pipit
Maksud: Bergaul dengan orang yang sama taraf.
seperti gading dilarik
Maksud: Rupa yang cantik dan bersih
seperti gadis julung bersubang, bujang julung berkeris
Maksud: Sombong oleh kerana baru kaya
seperti gadis sudah berlaki
Maksud: Anak dara yang kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dan lain-lain)