Maksud: Terlalu banyak (bkn benda-benda kecil seperti buah-buahan yang bertaburan dan lain-lain)
seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul
Maksud: Orang yang hanya tahu memberi nasihat tetapi din sendiri tidak melakukan demikian.
Contoh ayat: Perbuatan si Hassan samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana dia suka menegur orang yang malas tetapi dia sendiri juga malas.
seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
Maksud: Orang yang menyuruh orang lain berbuat baik, tetapi diri sendiri tidak betul.
seperti ketiak ular
Maksud: Bercakap tidak putus-putus
seperti kiamat bunyinya
Maksud: Bunyi yang kuat
seperti kiambang dilempar
Maksud: Bersurai seketika kemudian berkumpul semula (bukan orang ramai yang berkumpul)