Maksud: Orang yang mengikut sahaja suruhan orang lain.
seperti kerbau dicucuk hidungnya
Maksud: Orang bodoh yang menurut perintah orang
seperti kerbau menanduk anak, dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujungnya
Maksud: Menghukum anak ialah untuk memperbaiki kelakuannya, bukan untuk menyeksa
seperti kerbau tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar
Maksud: Orang yang mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu pekerjaan
seperti keris yang tidak payah diasami lagi
Maksud: Mahir, tidak payah diajar lagi
seperti keroncor dengan belangkas
Maksud: Persahabatan yang karib. keroncoh = ketam besar jantan