Maksud: Tidak terganggu seseorang yang cekap itu daripada melakukan pekerjaannya
tak akan terlawan buaya menyelam air
Maksud: Tidak mungkin kita melawan orang yang kaya (berkuasa, pandai, dan lain-lain)
tak beban, batu digalas
Maksud: Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain.
tak beras, antah dikisik
Maksud: Untuk mencapai maksud dilakukan segala-gala daya upaya
tak berasak lenggang dari ketiak
Maksud: Tidak berubah-ubah dan masih tetap seperti lama juga
tak berberas akan ditanak
Maksud: Tidak ada kepandaian untuk dipertunjukkan (dalam keramaian dan lain-lain)