Maksud: Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri.
tepuk kuduk
Maksud: Puji-pujian
tepuk nyamuk menjadi daki
Maksud: Melawan orang yang lemah itu akan memburukkan nama sahaja
tepungnya ia mahu, kuihnya pun ia mahu
Maksud: Hal orang yang tamak, diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua
teraju palingan tali, manusia palingan tuhan
Maksud: Perihal hati yang cenderung kepada kebaikan
teraju yang tak palingan
Maksud: Hukuman yang adil (saksama)