bagai aur di atas bukit

Maksud: menyerahkan diri kepada nasib

Contoh ayat: Setelah gagal mencari anaknya yang hilang, wanita itu kini berserah sahaja kepada nasib bagai aur di atas bukit.

bagai aur ditarik songsang

Maksud: Pekerjaan yang sukar dijalankan kerana sudah salah cara penggunaannya

Contoh ayat: “Jika kamu menelaah pelajaran apabila sudah hampir peperiksaan, kamu akan berhadapan dengan banyak masalah bagai aur ditarik songsang,” pesan cikgu kepada pelajarnya.