Maksud: Keadaan (kekayaan, pangkat, dan lain-lain) itu tiada tetap
adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah
Maksud: Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya
adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Maksud: Sekiranya mahu hidup senang, perlu sanggup susah
adat pulau limburan pasang
Maksud: Kehidupan manusia hendaklah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah
adat pusaka
Maksud: Adat lama yang dilakukan turun-temurun.
adat resam
Maksud: Kebiasaan dalam kehidupan harian.