Maksud: Dalam keadaan yang ketakutan dan gelisah
bagai kambing dihalau ke air
Maksud: Orang yang enggan melakukan sesuatu pekerjaan
bagai kambing dijunjung
Maksud: Jerit atau teriak orang yang sangat penakut
bagai kambing diseret ke air
Maksud: Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.
Contoh ayat: Kami sudah tidak mahu bekerjasama dengan Laila kerana dia bersikap bagai kambing diseret ke air apabila disuruh melakukan sesuatu tugas.
bagai kambing harga dua kupang
Maksud: Tidak senonoh perangainya, keanak-anakan
bagai kambing lepas ke parak
Maksud: Dapat memilih apa sahaja pada tempat yang mewah dan lain-lain