bagai umang-umang

Maksud: Orang yang berlagak dengan pakaian yang dipinjam.

bagai wau putus tali

Maksud: Orang yang berserah sahaja kepada nasib kerana tidak mampu berusaha lagi.

bagai wau putus teraju

Maksud: Orang yang berserah sahaja kepada nasib kerana tidak mampu berusaha lagi.

bagaimana acuan begitu kuihnya

Maksud: Seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya.

Contoh ayat: Sikap peramah yang dimiliki oleh Helmi sama seperti ibunya, sebagaimana acuan begitulah kuihnya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakan.