Maksud: Kata-kata yang menyakiti hati orang.
bahasa lisan
Maksud: Bahasa pertuturan
bahasa mati
Maksud: Bahasa yang tidak lagi digunakan
bahasa menunjukkan bangsa
Maksud: Bahasa ialah ciri pengenalan atau identiti bangsa.
Contoh ayat: Orang Jepun sentiasa menggunakan bahasa ibunda mereka walaupun di peringkat antarabangsa kerana bagi mereka bahasa menunjukkan bangsa.
bahasa pasar
Maksud: Bahasa yang tidak betul struktur dan tatabahasanya.
bahasa pengantar
Maksud: Bahasa yang digunakan untuk mengajar atau berunding