berhati sabil

Maksud: Bersemangat untuk mempertahankan atau menegakkan agama

berhati tungau

Maksud: Penakut.

Contoh ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.

berhati waja

Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

Contoh ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.