Maksud: Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga
air dicencang takkan putus
Maksud: Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Contoh ayat: Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicencang tidak akan putus.
air dicencang tiada putus
Maksud: Hubungan persaudaraan tidak mudah dipisahkan oleh perselisihan
air dicincang tiada putus
Maksud: Kerana perbalahan orang yang sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai
air dicincang tidak akan putus
Maksud: Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Contoh ayat: Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air dicincang tidak akan putus.
air didih menganak sungai
Maksud: Hiburan yang sangat mewah