Maksud: Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.
buang tempuh
Maksud: Membazirkan masa dengan sia-sia sahaja
buang ubat
Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya.
Contoh ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun kena.
buang undi
Maksud: Mengundi
buang yang keruh, ambil yang jernih
Maksud: Apabila melakukan sesuatu kesilapan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka.
Lupakan perkara atau peristiwa yang tidak baik dan ambil (ingatkan) yang baik-baik sahaja
Contoh ayat: Hubungan Ali dan Abu semakin pulih kerana Ali mengaku kesilapannya ibarat buang yang keruh ambil yang jernih.
buat akal
Maksud: Mencari helah