Maksud: Lelaki yang tidak beristeri, janda tiada anak.
bujur lalu, lintang patah
Maksud: Mengerjakan sesuatu haruslah menurut aturannya
bujur sirih
Maksud: Bentuk muka bujur memanjang
buka kulit ambil isi
Maksud: Perundingan secara terus terang (tidak berkias-kias lagi)
buka langkah seribu
Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu.
Contoh ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat.
buka mata
Maksud: 1. Melihat dan meluaskan pandangan.
2. Menyedarkan atau menginsafkan orang lain.
Contoh ayat: 1. Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadinya.
2. Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka mata.