Maksud: Menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar)
gaji buta
Maksud: Mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh.
Contoh ayat: Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja.
gaji pokok
Maksud: Gaji yang tidak termasuk elaun
galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua
Maksud: Pekerjaan yang tidak menguntungkan
galas terdorong kepada cina
Maksud: Sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik
gali lubang menutup lubang
Maksud: Meminjam wang untuk membayar hutang