ada can

Maksud: Ada peluang.

Contoh ayat: Kakitangan yang rajin ada can dinaikkan gaji.

ada gaya

Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.

Contoh ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.

ada gula ada semut

Maksud: Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.

Contoh ayat: Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada gula adalah semut.